Hidupan liar dan kesihatan manusia.

ms: Senilukis mengenai virus COVID-19 daripada imej mikroskop. (c) Shutterstock/Midnight Movement
ms: Senilukis mengenai virus COVID-19 daripada imej mikroskop. (c) Shutterstock/Midnight Movement

Hidupan liar menyumbang kepada keselamatan makanan dan kehidupan terhadap banyak komuniti tempatan di seluruh dunia. Bagaimanapun, adalah sangat penting untuk memakan daging dengan cara yang selamat kepada kesihatan manusia, serta mampan terhadap populasi haiwan. COVID-19, seperti Ebola, disebabkan oleh satu virus di mana sampai kepada manusia daripada haiwan lain. COVID-19 berkemungkinan berasal daripada kelawar dan mungkin telah menjangkiti mamalia liar yang lain sebelum manusia. Virus dan bakteria telah datang kepada manusia daripada pelbagai spesis melalui evolusi yang dilalui oleh manusia. Sewaktu berevolusi, kadang-kadang ianya dapat memberikan kebaikkan. Oleh itu, sebahagian daripada sel-sel kita berasal daripada bakteria yang berdikari. Walau bagaimanapun, proses adaptasi atau penyesuaian tersebut boleh mengambil masa yang perlahan dan berbahaya.

Risiko kematian akibat COVID-19 yang tertinggi di kalangan manusia adalah mereka yang berumur 60-70 tahun. Tugas untuk menyelamatkan nyawa telah menekan perkhidmatan kesihatan di negara-negara yang mempunyai ekonomi maju dan telah mula dirasai oleh negara-negara ekonomi membangun. Ianya akan memberikan kesan terhadap konservasi. Satu kesan boleh membawa kemusnahan hebat kepada kehidupan, dengan manusia bertindak menggunakan lebih banyak sumber-sumber, yang tidak semestinya mampan. Walau bagaimanapun, ianya mungkin boleh membawa kesan kebaikkan kepada Perubahan Cuaca, melalui manusia yang akan belajar untuk berkerja lebih banyak di rumah dan menggunakan kurang bahan api fosil bagi perjalanan jauh.

 

Solusi Pertahanan

Keluarga monyet adalah baik untuk dilihat tetapi berbahaya untuk dimakan © Shutterstock/Julian Popov
Keluarga monyet adalah baik untuk dilihat tetapi berbahaya untuk dimakan © Shutterstock/Julian Popov

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk masa hadapan dan juga dengan segera. Kita perlu memikirkan secara berhati-hati, bagi mengelakkan kemusnahan kepada alam sekitar dan kepada diri kita. Sebagai contoh, sesetengah orang berkata bahawa COVID-19 adalah sebab kenapa manusia tidak boleh memakan haiwan lain, ataupun mempunyai kaitan dengan haiwan. Walau bagaimanapun, manusia telah dapat menerima kehadiran virus dan bakteria daripada persekitaran liar atau haiwan ternakan sejak berabad lamanya. Tubuh badan kita mengandungi banyak micro organisma, kebanyakkannya berguna kepada kita. Kita sentiasa berkait rapat dengan haiwan dalam segala aspek yang kita lakukan, daripada ulat di dalam tanah di mana bayi manusia merangkak di atasnya kepada burung dan mamalia yang melawat rumah-rumah kita. Akan tetapi, mana-mana makanan daripada persekitaran liar perlu dipastikan kebersihannya dan diuruskan secara mampan.

Berkaitan dengan perkara ini, kita perlu berhati-hati terutama sekali dengan spesis yang begitu rapat dengan kita. Walaupun penyakit epidemik nampak seperti tidak dimulakan daripada haiwan berdarah sejuk, seperti ikan dan reptilia, risiko kita adalah tinggi terhadap penyakit-penyakit yang dibawa oleh keluarga kera dan kelawar. Adalah dianggap bijak untuk tidak makan keluarga kera dan juga meminimumkan hubungan dengan kelawar dan najis kelawar. Adalah sangat tidak wajar, dan juga tidak berperi kemanusiaan untuk membawa haiwan mamalia liar yang masih hidup ke pasar makanan. Walau bagaimanapun, adalah perlu untuk kita melarang hubungan dengan spesis-spesis lain di mana kita telah boleh menyesuaikan diri, atau yang tidak mempunyai risiko terhadap mana-mana penyakit? Tidak. Ini adalah tidak wajar juga, terutamanya apabila undang-undang dan penggunaan mampan menggalakkan manusia untuk hidup bersama dengan spesis dan memulihara ekosistem haiwan tersebut. Lagipun, ini adalah masanya apabila kemudaratan kepada ekonomi menambahkan tekanan kepada pembangunan yang akan membawa kerosakkan kepada alam sekitar. Alam semulajadi kita memerlukan semua sokongan yang boleh diperolehi daripada manusia yang tahu menilai produk-produk yang terdiri daripada ekosistem yang sihat.

 

Solusi yang Segera

COVID-19 benci sabun! © Shutterstock/Red Confidential
COVID-19 benci sabun! © Shutterstock/Red Confidential

Serta merta, yang paling penting adalah untuk tidak menyebarkan virus tersebut daripada mereka yang telah terjangkit. Pengetahuan biologi mengenai COVID-19 memberitahu kita bahwa apabila virus tersebut tidak dapat disebarkan di antara manusia ke atas permukaan yang lembab atau di dalam titisan air, ia akan pupus secara semulajadi. Jadi, setiap seorang daripada kita perlu untuk:

Menjaga jarak daripada orang lain, bagi mengurangkan kontak atau hubungan dengan virus dalam bentuk titisan yang mereka menghembus keluar:

• tidak melakukan perjalanan ke merata tempat atau berkumpul di dalam kumpulan, di mana ianya boleh meningkatkan risko melalui keduanya;

• memakai pelitup muka apabila dikelilingi oleh ramai orang di dalam persekitaran tertutup atau orang ramai;

• Membasuh tangan dan menggunakan pembasmi kuman bagi mencuci permukaan bagi menghalang penularan virus tersebut kepada mata, hidung atau mulut.