Kegunaan manusia terhadap ekosistem dunia dan sumber-sumber mereka.

Kelebihan dan Bahaya Ekosistem.

Penuaian daripada laut © Anatrack Ltd
Penuaian daripada laut © Anatrack Ltd

Kenapa anda menghargai alam? Ini kerana anda bergantung kepada alam untuk kehidupan, seperti ramai orang di bahagian luar bandar bagi sesetengah negara? Adakah anda suka mengumpul buah-buahan liar dan kulat atau ikan atau berburu dengan pelbagai cara? Di dalam beberapa negara makanan kebiasaanya datang daripada kedai-kedai, tetapi secara umumnya lebih daripada satu pertiga manusia juga mempunyai tradisi yang kuat untuk mengambil makanan daripada alam sekitar. Mungkin anda hanya suka untuk menonton haiwan liar, mungkin ketika melepaskan stress dan melakukan sedikit senaman? Jika begitu, anda telah menggunakan apa yang dipanggil sebagai pengeluaran dan perkhidmatan kebudayaan oleh ekosistem. Kebakaran semulajadi, banjir dan wabak haiwan perosak bagi tanaman atau di rumah menjurus kepada hasil produk ekosistem di mana perkhidmatan mengawal selia telah dimusnahkan. Setiap orang bergantung kepada proses ekosistem yang menyokong udara untuk bernafas, air bersih dan iklim yang sesuai.

Impak manusia terhadap ekosistem.

Industri mungkin akan mencemarkan persekitaran, tanah dan air © Hramovnick/Shutterstock
Industri mungkin akan mencemarkan persekitaran, tanah dan air © Hramovnick/Shutterstock

Apabila kita melakukan perubahan terhadap ekosistem untuk manafaat kita kemungkinan akan menghasilkan impak negatif. Di dalam kawasan subur, padang rumput, hutan dan juga tanah lembab yang ditukar kepada tanah ladang, dengan penanaman hanya sejenis tanaman dengan mengeluarkan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada banyak spesis asal yang mengakibatkan pengurangan di dalam kesuburan tanah. Di dalam kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk perladangan yang intensif, haiwan ternakan mungkin akan menggantikan haiwan liar, dengan membawa perubahan melalui pengeluaran haiwan pemangsa dan kenaikkan terhadap tekanan ragutan atas tumbuh-tumbuhan. Bagi kawasan yang kurang subur, seperti kawasan tundra (yang hampir tiada tumbuhan dan kehidupan di situ), tanah lembab dan padang pasir, pertambahan aktiviti rekreasi mungkin akan mengakibatkan impak negatif, yang akan meninggalkan hanya sedikit keaslian kawasan tersebut. Walaupun dengan ketiadaan impak-impak yang disengajakan oleh penduduk tempatan dan lawatan manusia terhadap komuniti di situ, pembuangan plastik secara global, dan pencemaran terhadap udara dan air, tetap sampai sehingga ke kawasan yang terpencil, tanpa menyebut berkenaan dengan perubahan iklim. Masalah berkaitan dengan wabak yang terhasil dengan tidak disengajakan melalui pemindahan penyakit-penyakit dan pengenalan kepada organisma telah membuktikan lebih kuat berbanding dengan apa yang ada sekarang. Kesemua masalah-masalah ini mungkin dapat mengurangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat pada penyediaan ekosistem terhadap manusia dan organisma-organisma lain di mana kita berkongsi kehidupan bersama di dunia.

Menguruskan impak manusia terhadap ekosistem.

Apabila masalah timbul, komuniti tempatan kebiasannya akan menemui mereka dan kadang kala